Perbezaan Plan ‘Stand Alone’ dan Plan Saving Investment Takaful

Ketahui Plan Takaful Sebelum Anda Mencarum

Terpanggil nak ulas isu viral hari ni ~ “dah bayar takaful 6 tahun, tapi tak bayar bulan 12 tahun lepas, tau-tau lapsed”

Untuk makluman, takaful ni secara asasnya ada 2 plan.

Satu plan rahmah yang secara teknikalnya stand alone plan, di mana ia memberi keutamaan kepada perlindungan sahaja, tanpa ada instrumen simpanan atau pelaburan. Jadi plan ini lebih murah dan mampu milik kepada ramai orang.

Satu lagi plan ialah plan perlindungan bergabung dengan simpanan atau pelaburan. Plan kedua ni lebih tinggi carumannya kerana ia ada instrumen simpanan.

Biasanya pemilik polisi kedua ni, akan gembira sebab dalam plan ni bukan sahaja memberi perlindungan tetapi juga keuntungan. Jika sesak atau emergency, boleh keluarkan duit la pendek kata, plan satu tadi tak boleh.

So bila plan yang murah atau rahmah ni, nama pun tak ada simpanan, jadi bayaran kenalah cantik. Cukup 3 bulan, biasanya plan akan lapsed, tak kiralah korang dah bayar 12 tahun pun.

Untuk plan kedua yang ada simpanan dan pelaburan ni, ia lebih flexible. Andai kata dah ambil lama, simpanan pun dah banyak. Bila anda ada masalah kewangan atau terlupa bayar, plan steady je aktif.

Sebab apa? sebab ada simpanan tadi. Simpanan ni yang company akan ambil untuk cover bayaran yang tertunggak tu. Ada client saya 2 tahun tak bayar pun, polisi masih aktif dan boleh digunakan untuk bayar bil hospital walau bayaran tak cantik.

Jadi ilmu takaful ni pun luas. Selagi anda tak bergelar agen takaful, tak mungkin anda hadam semuanya.

Jadi bila berlaku sesuatu, boleh refer pada agen anda. Yang viral dah lapsed tu pun, boleh je sambung balik polisi, agen boleh uruskan, sebab baru je lapsed.

Jangan bising-bising. Agen pun jangan cepat melatah, inilah masanya kita tingkatkan awareness pada masyarakat.

Yang dah terlapsed atau sengaja lapsedkan polisi tu pun, jangan menulis ikut perasaan. Takaful ni tabung bersama yang dah banyak membantu ramai keluarga, anak-anak yatim dan balu di luar sana.

Kalau anda dah tak nak ambil, atau tak mampu ambil, jangan sebabkan penulisan anda sebabkan orang lain pun tak nak ambil. Kita tak tau, berapa ramai anak yatim atau keluarga akan diuji nanti, takaful antara tabung yang akan membantu.

Sebagaimana tabung khairat kematian di masjid-masjid, begitu jugalah tabung takaful. Ia hanya ikhtiar, kita bergantung sepenuhnya kepada Allah sebab bukan takaful yang selamatkan kita, tapi Allah yang bantu. Allah juga yang suruh kita berusaha menjaga kebajikan kita dan keluarga kita.

Dan Allah juga yang gerakkan hati-hati kita untuk mencarum takaful. Wallahualam.

Farah menulis,

09042025

Boleh hubungi saya untuk konsultasi / quotation percuma:

Boleh whatsapp saya di sini – http://wasap.my/60196657302
Add friend Facebook saya untuk lebih info takaful

Jemput follow Instagram saya juga ya

Jemput follow TikTok saya juga

Leave Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *