agen takaful terbaik

Salam Perkenalan Dari Saya..

Hai Assalamualaikum.. Selamat datang ke farahalias.com. Tujuan blog takaful ini saya wujudkan ialah untuk berkongsi cerita, info tentang takaful, dan juga perjalanan hidup saya sebagai perunding takaful.

Saya ibu kepada 5 cahaya mata, perunding takaful sepenuh masa, komited membantu ramai di luar sana mempunyai perancangan kewangan yang baik dan gembira dengan karier bisnes takaful saya. Saya telah menjalankan bisnes takaful sejak 2009 lagi, mudah-mudahan sedikit pengalaman yang ada ini, dapat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan info dengan anda semua 🙂

Walaupun takaful adakalanya dirasakan kurang penting bagi sesetengah orang, namun bagi yang telah diuji dengan kehilangan, kesusahan menguruskan harta pusaka, lambatnya mendapat rawatan di hospital kerajaan dan pelbagai pengalaman lain, golongan ini tahu pentingnya mengambil takaful dalam merancang kewangan kita.

Takaful ialah sebahagian daripada perancang kewangan yang perlu ada dalam kehidupan kita. Ia bukan lagi lambang kemewahan, namun ia adalah keperluan. Untuk lebih banyak info dan pengalaman, sudi-sudikanlah membaca blog takaful saya ni ya.

Salam perkenalan dari saya untuk anda semua. Gembira dapat bertemu dengan anda walau di alam maya. Teruskan bersama saya di farahalias.com

Leave Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *