Mengenai Saya

"Making sure you live your life to the fullest"
TENTANG SAYA
Farah Alias
Bachelor of Biomedicine (Hons)
ibu kepada 5 cahaya mata, perunding takaful sepenuh masa, komited membantu ramai di luar sana mempunyai perancangan kewangan yang baik dan gembira dengan karier bisnes takaful saya. Saya telah menjalankan bisnes takaful sejak 2009 lagi, mudah-mudahan sedikit pengalaman yang ada ini, dapat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan info dengan anda semua.
Walaupun takaful adakalanya dirasakan kurang penting bagi sesetengah orang, namun bagi yang telah diuji dengan kehilangan, kesusahan menguruskan harta pusaka, lambatnya mendapat rawatan di hospital kerajaan dan pelbagai pengalaman lain, golongan ini tahu pentingnya mengambil takaful dalam merancang kewangan kita.
Saya juga mencari mereka yang berminat mencari peluang untuk menambah pendapatan dalam bidang takaful, untuk menyertai team saya. Kita bina bersama kejayaan kita.

Farah Alias
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan, lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
Hadith Riwayat Al-Bukhari
Hibah Takaful ialah hadiah paling berharga bagi keluarga anda. Seorang isteri mungkin tidak mengerti nilai hibah takaful ini. Namun, seorang balu sangat menghargai hibah yang ditinggalkan padanya.
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”.
Hadis Riwayat Al-Bukhari

BUKU SAYA
SURI RUMAH JUTAWAN
Jika diberi pilihan, mahukah kita memilih untuk bekerja tetapi dalam masa yang sama dapat menjalankan tugas sebagai suri rumah, dapat bersama dan memberi perhatian pada anak-anak sepanjang masa.
Mahukah? Mahukah kita bebas dari ‘melekat’ di dalam perjalanan pagi dan petang?
Ada caranya. Langkah pertama sekali ialah membetulkan persepsi - jangan pandang sebelah mata pada bisnes dari rumah. Sudah berjuta-juta suri rumah di seluruh dunia yang berjaya mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, dengan mengusahakan bisnes dari rumah.