Farah Alias

Transformasi . Inspirasi . Kejayaan

Master Farah on Shaklee Today

(Di bawah adalah ucapan untuk majalah ‘SHAKLEE TODAY’ untuk pencapaian sebagai ‘Master Coordinator”)

Alhamdulillah dan syukur di atas pencapaian ini. Dalam masa setahun, kami dapat mencapai gelaran “Master”, merupakan kenangan terindah dan pencapaian terbaik kami. Kami amat berbesar hati di atas pengiktirafan yang diberikan oleh pihak Shaklee dan setinggi-tinggi terima kasih untuk seluruh warga Shaklee yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga ucapan terima kasih untuk Master Norita dan Master Naquib serta seluruh warga besar Euphoria di atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan.

Shaklee membuka dimensi baru dalam perniagaan jualan langsung. Kami melihatnya sebagai perusahaan yang sebenar, malah lebih baik dari perniagaan lain yang pernah kami ceburi. Shaklee telah mengubah persepsi kami, ia tidak lagi sama dengan anggapan lampau kami mengenai MLM malah ia semakin relevan sebagai sebuah modul perniagaan masa kini dengan gabungan konsep lama dengan idea baru.

Perjalanan kami ke puncak bermula dengan langkah pertama iaitu berkongsi pengalaman dan kebaikan menggunakan produk Shaklee. Dari perkongsian ini bermulalah terbentuknya kepercayaan, dan akhirnya satu demi satu mencuba pula produk Shaklee ini sendiri. Kepercayaan dan keperibadian adalah elemen penting untuk menarik pelanggan dan dari situ mereka juga turut serta untuk membentuk sebuah jaringan.

Sesiapa jua boleh berjaya dalam Shaklee jika mempunyai persepsi yang betul dan berpengetahuan. Untuk menjadi seorang yang berpengetahuan, belajar dan mengapklikasikan kemahiran adalah tugas sepenuh masa.  Disamping itu terus berusaha dan konsisten dalam menguruskan perniagaan sehingga mencapai kejayaan.

Kami juga ingin menzahirkan perasaan terima kasih dan bangga kepada seluruh keluarga Enermax iaitu kumpulan kami dan anak-anak yang telah bersama-sama membina sebuah organisasi yang hebat dan menjadikannya sebuah medan magnet untuk sama-sama membantu dan membangun. Akhir kata, sentiasa tetapkan sasaran dan rancang segala pelan tindakan anda .

Jumpa anda di puncak kejayaan